Secara umumnya, kerja sosial merupakan bidang perkhidmatan sosial yang semakin berkembang di negara kita dan mendapat perhatian seluruh lapisan masyarakat. Perkhidmatan ini amat diperlukan untuk meningkatkan kefungsian sosial masyarakat disebabkan oleh masalah sosial yang semakin meningkat dan berleluasa di negara kita dan seluruh dunia pada hari ini. Antara masalah yang sedang diperkatakan ketika ini ialah masalah pembuangan bayi, kes rogol, kes penderaan kanak-kanak dan sebagainya. Oleh sebab itu, profesion kerja sosial ini amat penting dalam menangani permasalahan yang berlaku di negara ini.
Kerja sosial bermaksud satu aktiviti professional yang membantu individu, kelompok dan masyarakat dengan tujuan meningkatkan kefungsian sosial mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut, Morales dan sheafor ( 2004 ). Menurut Skidmore et.al (1999) pula, kerja sosial ialah seni, sains dan profesiaon yang membantu manusia untuk menyelesaikan masalah personal, kumpulan dan komuniti mewujudkan interaksi yang sihat antara mereka.
Kefungsian sosial memainkan aspek yang penting dalam semua aspek kehidupan. Tanpa kefungsian sosial yang stabil, manusia akan menghadapi masalah dalam kehidupan mereka. Kefungsian sosial bermaksud satu aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara komponen-komponen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian. Komponen-komponen utama dalam menilai kebekesanan kefungsian sosial ialah status sosial, rol sosial, kelompok sosial dan institusi sosial. Kehidupan bersosial yang baik dan sihat akan melahirkan masyarakat yang sihat dan harmoni. Kefungsian sosial seseorang individu itu juga dilihat dalam sudut yang pelbagai dan seseorang individu itu juga memainkan peranan yang berbeza dalam kefungsian sosialnya pada satu-satu masa. Antaranya ialah kefungsian sosial dalam keluarga, ekonomi, pendidikan, status sosial, beragama, politik dan sebagainya.
Contohnya, Maria anak sulung daripada tiga orang adik-beradik dan masih belajar di universiti. Beliau tinggal di kolej dan mempunyai keluarga dan kawan-kawan di kampug serta di universiti. Dalam memenuhi kefungsian sosial dalam persekitarannya sebagai seorang anak, kakak dan kawan telah mendorong Maria untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi, mempunyai keinginan untuk memiliki rakan-rakan untuk bersosial dan menemaninya serta memerlukan sumber kewangan yang secukupnya untuk membiayai pengajian dan kehidupan sehariannya. Dia juga perlu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya serta sebagai kakak kepada adik-adiknya. Oleh sebab itu, kefungsian sosial amat penting dan memberi kesan yang besar dalam kehidupan Maria. Ciri-ciri kefungsian sosial yang baik dan teratur adalah bergantung kepada seseorang individu itu untuk menyusunnya agar lebih teratur dan berstruktur.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment