Monday, September 6, 2010

PEMBUANGAN BAYI...APAKAH HUKUMAN YANG WAJAR DIKENAKAN KE ATAS PELAKU?

Pembuangan bayi merupakan satu isu yang tidak asing lagi dan sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Setiap hari, kita dipaparkan dengan berita tentang bayi yang di buang sama ada bayi tersebut dijumpai masih bernyawa ataupun telah meninggal dunia. Bayi-bayi tersebut telah dibuang oleh ibu atau bapa mereka yang tidak berperikemanusiaan seperti sampah yang tidak berharga. Apa yang menyayat hati, bayi- bayi tersebut dijumpai didalam longkang, di tempat pembuangan sampah, di dalam tandas dan sebagainya. Di manakah sifat perikemanusiaan dan kasih sayang manusia yang melakukan perbuatan tersebut. Sedangkan haiwan pun sayangkan anak mereka apatah lagi kita manusia yang di kurniakan dengan akal dan fikiran tetapi tidak berfikir tentang baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya.

Menurut statistik daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, jumlah kes buang antara tahun 2000 hingga 2006 adalah sebanyak 580 orang bayi. Bilangan kes ini meningkat setiap tahun yang mana pada tahun 2000 sebanyak 65 kes buang dicatatkan dan ia meningkat kepada 83 kes pada tahun 2006. Daripada jumlah kes tersebut, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257, 411 sijil pendaftaran kelahiran anak yang tidak sah taraf telah dikeluarkan pada tahun 2000 hingga Julai 2008. Hal ini menunjukkan bahawa, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan pada hari ini telah menyebabkan banyak anak luar nikah yang dilahirkan dan tedapat antara golongan ini yang menyumbang kepada masalah pembuangan bayi.











Mereka yang melakukan perbuatan tidak bermoral ini merupakan golongan yang mementingkan keseronokan duniawi semata-mata. Mereka bergaul secara bebas dengan pasangan masing-masing sehingga terlanjur dan menyebabkan mereka mengandung di luar nikah. Kehamilan yang tidak diinginkan menyebabkan gadis tersebut merasa malu, teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab dan takut diketahui oleh ahli keluarga menyebabkan mereka mengambil jalan untuk merahsiakan kandungan. Apabila tiba masanya, mereka akan bersalin secara sembunyi dan membuang bayi yang dilahirkan begitu sahaja agar ahli keluarga tidak mengetahui keterlanjuran yang telah dilakukan. Selain itu, bayi di luar nikah di buang dengan harapan mereka tidak diejek dan diterima oleh masyarakat. Keseronokan yang sekejap dirasai oleh mereka telah menimbulkan masalah yang berpanjangan. Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut dan hukuman yang patut dikenakan ke atas mereka yang melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Sudahlah mereka melakukan satu dosa dengan berzina, ditambah lagi dengan dosa membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa yang lahir hasil hubungan terlarang mereka.

Terdapat pelbagai pihak yang memberikan pandangan mereka dalam mengatasi masalah pembuangan bayi ini. Ada pihak yang mencadangkan tempat khas untuk membuang bayi iaitu bagi sesiapa yang ingin membuang bayi, mereka boleh meletakkannya di situ dan ada pihak yang akan mengambil dan menjaga bayi tersebut. Cadangan ini ada kebaikan dan keburukannya untuk jangka masa pendek dan panjang. Hal ini kerana, jika tempat tersebut disediakan, ibu-ibu muda yang terlanjur atau menjadi mangsa rogol mempunyai tempat untuk meletakkan anak mereka selepas dilahirkan nanti dan bayi tersebut mempunyai peluang untuk membesar dan melihat dunia.





Selain itu, untuk mengatasi masalah ini, mereka yang membuang bayi perlu dikenakan tindakan atau hukuman yang lebih berat setimpal dengan kesalahan mereka membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Mereka yang tidak berperikemanusiaan ini sepatutnya dihukum bunuh seperti pembunuh yang lain dan jika hukuman ini dilaksanakan diharap, mereka yang ingin membuang bayi akan berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan perbuatan tersebut. Di samping itu, kerajaan juga boleh melaksanakan hukuman hudud iaitu merejam sehingga mati bagi sesiapa yang berzina kerana masalah pembuangan bayi ini berlaku disebabkan oleh hubungan yang terlanjur. Jika kita lihat sekarang, hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang di tangkap khalwat agak ringan iaitu denda dan jika tidak mampu membayar dipenjarakan dalam tempoh masa tertentu. Denda yang dikenakan juga agak murah dan mampu di bayar oleh pelaku-pelaku ini dan setelah dibebaskan mereka akan mengulangi perbuatan tersebut. mereka-mereka ini sudah tidak hiraukan dosa dan pahala tetapi hanya mementingkan keseronokkan semata-mata. Jika terdapat pasangan yang didapati berzina, hukuman hudud patut dilaksanakan untuk memberikan keinsafan kepada orang ramai dan golongan ini akan takut untuk melakukan perbuatan yang sama. Namun demikian, hukuman ini boleh dilaksanakan tetapi mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan.

1 comment:

  1. MGM Casino in Las Vegas - JT Hub
    Las Vegas 춘천 출장마사지 casino is operated by MGM 계룡 출장마사지 Resorts, 익산 출장마사지 LLC, a Las Vegas corporation which operates luxury 구미 출장안마 hotels, resorts, gaming floors and convention centers. JT Hub 전라남도 출장마사지

    ReplyDelete